

Kami di Takaful IKHLAS beroperasi serta menguruskan perniagaan kami berlandaskan prinsip-prinsip Syariah. Sesungguhnya kami komited untuk memastikan kesaksamaan dan keadilan sebagai teras dalam semua urusan kami. Selaras dengan itu, semua aspek operasi, urusan pelaburan, pengurusan dan pemasaran perniagaan kami akan dikawalselia oleh Jawatankuasa Penasihat Syariah yang diketuai oleh Y. Bhg. Dato' Haji Mohd Mokhtar Shafii, Ahli Majlis Fatwa Selangor.
Kami sentiasa berusaha menyelesaikan masalah pelanggan secara efektif dan efisien terutamanya yang melibatkan aspek tuntutan dan gantirugi. Ini kerana lebih cepat kami membantu para peserta kami, lebih mudah bagi mereka untuk meneruskan kehidupan. Kami lakukan semua ini bagi memastikan falsafah 'menjalankan perniagaan dengan mudah' sebagai suatu kenyataan, bukan sekadar slogan semata-mata. Ini adalah kerana sesungguhnya, kami IKHLAS.
Islam tidak melarang kontrak insurans secara mutlak. Namun begitu, disebabkan kontrak insurans konvensional melibatkan unsur Gharar (tidak jelas), Maisir (perjudian) dan Riba (faedah), menyebabkan ianya bertentangan dengan hukum Syariah. Inilah sebabnya, sistem Takaful telah dikenalpasti berupaya membendung amalan-amalan yang ditegah oleh Syariah dan ternyata mampu menjaga kebajikan masyarakat keseluruhannya. Ini bagi membolehkan seseorang Muslim mendapat perlindungan alternatif daripada risiko kerugian disebabkan kesusahan yang menimpanya.
Sejajar dengan perkembangan perkhidmatan perlindungan kewangan Islam di peringkat antarabangsa dan tempatan, Takaful IKHLAS telah memilih sistem Wakalah sebagai model dalam membentuk asas operasi kami. Wakalah adalah satu bentuk perhubungan perwakilan di antara Takaful IKHLAS dan seseorang peserta (Prinsipal/Pelanggan).
Takaful IKHLAS menggunakan kontrak berikut sebagai garis panduan perniagaan kami:
• Kontrak Tabarru' di mana peserta bersetuju mendermakan peratusan yang telah ditentukan daripada sumbangan kepada dana untuk membantu peserta lain.
• Kontrak Al-Wakalah di mana peserta membenarkan Takaful IKHLAS untuk menguruskan hal-ehwal dana bagi pihak beliau.
Model Takaful IKHLAS membolehkan penggunaan pihak ketiga sebagai pengantara untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada para pelanggan, membuat pembayaran lebihan dan keuntungan kepada peserta, jika ada dan membuat pengiraan keuntungan bersama secara bulanan.
Sesaper yang berminat nak join contact or email me okay..
Contact : 0195702182
E-mail : mohdzulfadly@gmail.com
1 comment:
Ko wat insurans gak ke? Mcm2 ko nie.. huhuhu.. nanti laa.. aku join masuk ngan ko..aku ade terpikir gak nak masuk..
Post a Comment